SUKATAN PELAJARAN900 PENGAJIAN AM
Pengenalan
Pengajian Am ialah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu, dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentang pengalaman manusia dan persekitarannya termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara, tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti, dan masyarakat serta hormat terhadap budaya dan masyarakat lain.
Matlamat
Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat.
Objektif
1. Ilmu
(a) Membolehkan pelajar memahami dan menghayati isu daripada pelbagai perspektif ilmu;
(b) Mampu memahami hubung kait ilmu daripada pelbagai disiplin dan berupaya menyepadukannya;
(c) Memahami dan peka kepada perkembangan dan cabaran perubahan semasa persekitaran, negara, dan sejagat;
(d) Memahami dan menghayati sistem pemerintahan negara dan tadbir urus baik.
2. Kemahiran
(a) Berfikiran matang dengan mengaplikasi pelbagai ilmu untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif;
(b) Berkeupayaan memahami, menganalisis, dan berkomunikasi secara berkesan;
(c) Berkemampuan menganalisis dan mentafsir pelbagai bentuk media secara logik dan kritis;
(d) Berkebolehan mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber;
(e) Berkebolehan belajar secara kendiri dan berterusan serta membina pengetahuan baharu dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi;
(f) Berkeupayaan menyampaikan ilmu dan pemikiran yang kritis, kreatif, dan inovatif melalui pelbagai bentuk komunikasi;
(g) Berkeupayaan berinteraksi dan bekerjasama dalam kumpulan.
3. Nilai
(a) Percaya dan patuh kepada ajaran agama;
(b) Bersikap patriotik dan peka tentang perkembangan serta cabaran negara;
(c) Bersatu demi kesejahteraan bersama;
(d) Mengutamakan kebajikan dan kepentingan umum;
(e) Bersikap berani dalam mengutarakan idea;
(f) Bersikap terbuka terhadap pelbagai buah fikiran, pandangan, dan cadangan;
(g) Berintegriti dan berkeyakinan;
(h) Bersikap proaktif dan berdaya saing secara sihat;
(i) Menghayati budaya kerja yang positif, kreatif, dan inovatif.
PENGAJIAN AM
First term

- Kemahiran Belajar
- Malaysia Kekal Berdaulat
- Alih Bentuk Komunikasi
- Malaysia Maju Dan Sejahtera
- Kerja Kursus
- Alih Bentuk Komunikasi
- Malaysia Dan Negara Luar