944 Ekonomi STPM
Matlamat
Sukatan pelajaran Ekonomi bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai ilmu ekonomi pada tahap prauniversiti. Justeru, pelajar dapat menganalisis dan membuat penilaian tentang isu ekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan negara dalam persekitaran yang dinamik. Sukatan pelajaran ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif
Sukatan pelajaran Ekonomi bertujuan untuk membolehkan pelajar
(a) memahami konsep dan teori ekonomi;
(b) menyedari dan membincangkan masalah dan isu ekonomi semasa;
(c) mengumpul maklumat ekonomi daripada pelbagai sumber, menganalisis, dan membuat penilaian secara berkesan;
(d) menggunakan jadual, gambar rajah, dan persamaan untuk menganalisis konsep dan teori ekonomi;
(e) menyampaikan maklumat dan idea ekonomi dalam bentuk yang sesuai;
(f) memperoleh kemahiran insaniah melalui pembelajaran kendiri.
First term (A: MIKROEKONOMI)
- Pengenalan
- Pasaran Barang dan Harga
- Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran
- Struktur Pasaran, Penentuan Harga, dan Output
- Pasaran Faktor dan Agihan
- Pengenalan
- Perakaunan Pendapatan Negara
- Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal
- Wang, Bank, dan Dasar Kewangan
- Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa
- Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
- Inflasi dan Kos Sara Hidup
- Perdagangan Antarabangsa dan Imbangan Pembayaran
- Perusahaan Kecil dan Sederhana
- Institusi Kewangan
- Kemiskinan dan Agihan Pendapatan