Pendaftaran Pelajar Pra Universiti 2009
Selepas tahun 1996 , pada pagi ini, 12 Mei 2009 (Selasa) SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban (STTJ) menerima kemasukan sejumlah 47 orang pelajar lepasan SPM 2008 yang melapor diri bagi meneruskan pengajian pasca menengah, atau lebih tepat prauniversiti. Sama ada jumlahnya akan kekal atau berubah, bergantunglah kepada daya tahan, cabaran dan cita-cita mereka. Pengajian Tingkatan Enam yang menjurus kepada penganugerahan STPM boleh dilihat sebagai pilihan untuk merebut tempat di IPTA bagi kursus sarjana muda.
Program orientasi atau suai kenal yang dianjurkan oleh pihak sekolah, selama seminggu akan memberi input sebagai pedoman untuk pelajar meneruskan perjuangan belajar di Pra U. Para pelajar akan didedahkan dengan sukatan pelajaran dan kemahiran pembelajaran aras tinggi.
Selamat belajar. SMTTJ mengalu-alukan kehadiran anda!