Kurikulum
Proses Pengajaran dan Pembelajaran :
Jadual Waktu :
Pengukuhan :
Sistem Peperiksaan :
Dokumentasi Peperiksaan :
Persediaan Peperiksaan :
- Penggunaan sistem kelas, kuliah dan tutorial untuk semua subjek.
- Kuliah dan tutorial akan diadakan di Dewan Kuliah Tunku Najihah, Bilik Komputer dan kelas masing-masing.
- Pengajaran dan pengajaran dijalankan dalam bentuk syarahan dan pembentangan kertas kerja.
- Pelajar diwajibkan dan bebas mengakses maklumat/membuat ulangkaji sewaktu tiada kuliah di bilik-bilik khas tetapi dengan mendapat kebenaran daripada guru-guru yang berkenaan.
- Peruntukan waktu kuliah dan tutorial ialah dua waktu ( 1 jam 20 minit ).
- Sistem pengajaran dan pembelajaran bagi semua kelas Pra-U adalah mengikut kepada KULIAH + TUTORIAL , KOKURIKULUM, KOLOKIUM , KELAS PERSEDIAAN , PENILAIAN & PENTAFSIRAN, GUBAL ITEM dan PENYELIDIKAN
Jadual Waktu :
- Jadual waktu guru yang mengajar subjek diselaraskan supaya mereka boleh menggantikan guru-guru yang tidak dapat hadir .
- Waktu rehat pelajar Pra-U adalah sama seperti dengan pelajar SMTTJ yang lain supaya dapat mewujudkan semangat persaudaraan yang erat sesama warga SMTTJ.
Pengukuhan :
- Kelas-kelas tambahan diadakan bagi mengukuhkan pemahan pelajar mengenai sesuatu konsep pembelajaran.
- Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dari sekolah-sekolah lain.
Sistem Peperiksaan :
- Ujian bulanan diadalkan pada bulan-bulan yang telah ditetapkan sepanjang tahun.
- Peperiksaan Akhir Semester 1 dan 2 akan pada setiap tahun bagi tujuan peningkatan prestasi pelajar-pelajar.
- Peperiksaan selaras daripada JPN berjalan seperti biasa.
Dokumentasi Peperiksaan :
- Mewujudkan satu sistem dokumentasi yang lengkap dan kemas.
- Prestasi pelajar akan disampaikan kepada semua penjaga .
- Pertemuan tiga penjuru di antara pelajar, ibubapa dan guru akan diadakan bagi melaporkan prestasi sebenar kepada mereka yang bertanggungjawab.
Persediaan Peperiksaan :
- Setiap guru perlu menyediakan set soalan / jurnal peperiksaan STPM dan modul untuk latihan intensif.
- Semua penyediaan soalan peperiksaan berdasarkan JSU. Ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya proses pemantauan dapat dilakukan kepada semua pelajar.
- Menetapkan tarikh tamat sukatan supaya set-set soalan/jurnal peperiksaan STPM boleh digunakan secara sistematik.
- Soalan-soalan daripada pelbagai sumber akan diperolehi bagi tujuan mengulangkaji peperiksaan. Ini memastikan semua pelajar sudah dibiasakan dengan pelbagai bentuk soalan yang menolong memudahkan mereka menghadapi peperiksaan STPM.