2012
Tahun ini menjadi tahun keramat kepada semua pelajar Pra-U Atas STTJ kerana pada hujung tahun mereka akan menduduki Peperiksaan STPM. Cikgu harapkan agar tanamkan semangat yang jitu semoga mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Matapelajaran Pra-U Atas
Pada tahun ini juga pihak pengurusan STTJ telah membuat satu tindakan betul, tepat dan menguntungkan pelajar kerana Subjek Kesusasteraan Sastera Melayu telah diadakan dalam arus pembelajaran Pra-U STTJ. Sehingga sekarang matapelajaran-matapelajaran yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Am, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Semoga dengan penambahan subjek ini akan mendorong semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.