HOME 2017
TAHUN 2017 TINGKATAN ENAM (6) SECARA RASMINYA DITUTUP DAN TIDAK DITAWARKAN DI SEKOLAH INI . SEJARAH TINGKATAN 6 DI SEKOLAH INI BERMULA PADA TAHUN 1975 HINGGA 1996. KEMUDIAN DITUTUP SEMENTARA PADA 1997-2008. 2009-2016 IA DIBUKA SEMULA DAN 1 JAN 2017 DITUTUP BUAT SELAMA-LAMANA.
TERIMA KASIH KERANA WARGA TINGKATAN 6 STTJ SENTIASA MEWUJUDKAN LEGASI DAN SEJARAH TERSENDIRI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
(Klik Di Sini)
Selamat Datang dan Terima Kasih
Assalamualaikum wbh
Terima kasih di atas kesudian anda melayari ke laman Program Persediaan Universiti Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Di dalam laman web ini kami berkesempatan menyediakan beberapa maklumat penting berkaitan dengan program ini dan juga pengurusan sekolah ini.
Selaras dengan matlamat pendidikan negara melahirkan lebih ramai pelajar yang berilmu daripada luar bandar,maka usaha untuk merealisasikan impian itu diteruskan. Memandangkan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar adalah sebuah sekolah Kecermelangan ini memberikan kemudahan kepada semua pelajar yang berkelayakan dari sekolah-sekolah menengah seluruh Negeri Sembilan untuk menyambungkan pelajaran ke STTJ.
Program Persediaan Universiti STTJ menawarkan aliran Sastera dengan empat subjek iaitu MUET, Ekonomi, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Pelajar Tingkatan Enam di sini amat bertuah kerana mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman yang dapat membantu para pelajar mencapai kecemerlangan mereka di peringkat STPM. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sempurna setanding dengan sekolah-sekolah yang gah dalam arus perdana pembelajaran tingkatan enam, kelas yang selesa dan juga kemudahan perpustakaan . Pelajar Tingkatan Enam juga digalakkan menyertai pelbagai aktiviti sekolah kerana dengan penyertaan ini mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu kepimpinan dan mengeratkan hubungan antara guru-guru, pelajar-pelajar menengah rendah dan menengah atas.
Justeru adalah diharapkan agar laman web ini akan dapat memberikan sedikit gambaran tentang PRA-U SMTTJ dari semasa ke semasa. Sebarang teguran atau pandangan amat dialu-alukan bagi meningkatkan keberkesanan kuantiti dan juga kualiti maklumat yang dimuatkan dalam laman web ini. Ingat, kebanyakan tokoh cendekiawan, pemimpin negara, pegawai tinggi kerajaan, pensyarah kanan (termasuk profesor), diplomat, tokoh korporat dan swasta pernah melalui sistem PRA-U maka tanggapan bahawa pra-u sebagai pilihan terakhir kepada pelajar yang lemah dan tak berkemampuan sama sekali meleset. Hakikatnya ialah pengajian pra-u menjadi laluan utama memasuki kursus-kursus penting di peringkat pengajian tinggi.
Akhir kata diharapkan laman web Ini dapat dijadikan sebagai satu saluran yang dapat memberikan manfaat kepada para pelayarnya terutamanya kepada bakal pelajar PRA-U SMTTJ.
Sekian, terima kaseh.
sttj seremban